Jalan Ini tidak akan pernah mudah dan tidak selalunya indah,
Pasti akan ku temui di atas Jalan Ini, jalan yang berliku dan penuh dengan onak dan duri,
Dia telah memilih dan menakdirkan aku untuk berada di atas Jalan Ini,
Jadi mengapa perlu gentar?
Mengapa harus ada perasaan kurang yakin itu?
Aku tak boleh futur! Aku tak boleh lemah!
Ini adalah peluangku,
Peluang yang diberikan pada hamba-hamba yang dikehendakiNya,
Aku harus memanjatkan setinggi-tinggi
kesyukuran dan rasa terima kasihku padaNya kerana telah mengeluarkan aku
dari dunia yang penuh kejahilan dan meletakkan aku di Jalan Ini.
Untuk terus berjuang bersama teman-teman seperjuanganku yang memiliki matlamat dan impian yang sama,
Untuk merebut cintaNya,
Untuk menegakkan kalimahNya di muka bumi ini!
Untuk bertemu denganNya dalam keadaan diri yang bersih dari sebarang dosa, serta mendapat rahmat dan keredhaanNya,
Aku yakin dengan janji-janjiMu Ya Rabbul ‘Izzati,
Ya Allah,
Terima kasih Ya Allah,
Aku bersyukur padaMu kerana memberi segala nikmat ini,
Aku memohon segala kekuatan dariMu,
Lindungilah aku,
Tetapkan hatiku hanya untukMu Ya Allah.