Thursday, 5 July 2012

usaha!!

Walau kejayaan bukan kepastian,
Namun kegagalan bukan impian..
Usaha tangga kejayaan ;)

Wednesday, 4 July 2012

kehidupan


Jalan Ini tidak akan pernah mudah dan tidak selalunya indah,
Pasti akan ku temui di atas Jalan Ini, jalan yang berliku dan penuh dengan onak dan duri,
Dia telah memilih dan menakdirkan aku untuk berada di atas Jalan Ini,
Jadi mengapa perlu gentar?
Mengapa harus ada perasaan kurang yakin itu?
Aku tak boleh futur! Aku tak boleh lemah!
Ini adalah peluangku,
Peluang yang diberikan pada hamba-hamba yang dikehendakiNya,
Aku harus memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran dan rasa terima kasihku padaNya kerana telah mengeluarkan aku dari dunia yang penuh kejahilan dan meletakkan aku di Jalan Ini.
Untuk terus berjuang bersama teman-teman seperjuanganku yang memiliki matlamat dan impian yang sama,
Untuk merebut cintaNya,
Untuk menegakkan kalimahNya di muka bumi ini!
Untuk bertemu denganNya dalam keadaan diri yang bersih dari sebarang dosa, serta mendapat rahmat dan keredhaanNya,
Aku yakin dengan janji-janjiMu Ya Rabbul ‘Izzati,
Ya Allah,
Terima kasih Ya Allah,
Aku bersyukur padaMu kerana memberi segala nikmat ini,
Aku memohon segala kekuatan dariMu,
Lindungilah aku,
Tetapkan hatiku hanya untukMu Ya Allah.

rezeki milik Allah


apa yang berlaku ade hikmah dan pengajaran yang ingin Allah berikan.

takdir kehidupan


Kadang2 dalam kehidupan ni xsemua yang kita nak akan jadi milik kita.. xsemua yang kita impikan akan kita dapat.. rezeki, jodoh, panjangnya hayat kita dah ditentukan sejak kita di dalam kandungan lagi.. itu adalah qada dan qadar yang telah ditentukan.. kita sebagai umat yang lemah perlulah berusaha untuk menjadi umat yang cemerlang.. Ya Allah ampunkan lah dosa hambamu yg hina ini..


segalanya telah ditetapkan olehNya.. kita hanya mampu berusaha, merancang dan berdoa..

pembuka bicara

Dalam kehidupan yang semakin mencabar ni, banyak cabaran dan dugaan yang kita perlu tempuhi dalam kehidupan.. ia merangkumi semua aspek kehidupan. semoga kita dapat tempuhi semua dugaan ni dengan sebaik mungkin... semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lagi baik daripada hari ini.. Permudahkanlah urusan kami ya Allah swt..

kejayaan

kejayaan terhasil adalah daripada langkah pertama yang kita ambil.. usahalah dengan sebaik mungkin tanpa kenal erti putus asa.. tanpa usaha impian hanya sia sia...

semoga apa yang kita ceburi dalam hidup ini mendapat keberkatan dan keredhaan daripada ilahi. insyaAllah ~